Doa murah rezeki





Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai

Zat Yang Memulai, Wahai; Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha

Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu

dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga

Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita

Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau.


Telah diceritakan bahawa sebahagian Ulama berkata: " Barang siapa yang membiasakan

membaca doa tersebut sesudah solat fardu minimum satu kali, maka Allah

menjadikan kaya kepadanya.  Atau barangsiapa yang membaca doa tersebut

sesudah solat Jumaat maka hutangnya akan lekas terbayarkan Sehingga dengan demikian hidupnya

akan menjadi tenteram, mensyukuri apa yg diberikan Allah kepadanya.

Doa memohon ilmu yang baik , Rezeki dan Kesehatan

Ya Allah,

aku memohon kepada Engkau ilmu yang berguna, rezeki yang luas dan kesembuhan

dari segala jenis penyakit.

Previous Post Next Post