"Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagiNya dan aku mengaku bahawasaya Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya
بسم الله الر حمن الر حيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya" ( Riwayat Muslim)